it's me hasan fatula
Fussilat Sura 41 – Ayat 33
English:
41:33 Who is better in speech than one who calls (men) to Allah, works righteousness, and says, “I am of those who bow in Islam”?
Turkish:
41:33 Allah’a çagiran, salih amelde bulunan ve: “Gerçekten ben müslümanlardanim” diyenden daha güzel sözlü kimdir?
French:
41:33 Et qui profère plus belles paroles que celui qui appelle à Allah, fait bonne oeuvre et dit: “Je suis du nombre des Musulmans?”
German:
41:33 Und wer ist besser in der Rede als einer, der zu Allah ruft und Gutes tut und spricht: “Ich bin einer der Gottergebenen”?
Spanish:
41:33 ¿Quién hay, pues, que hable mejor que quien llama a Alá, obra bien y dice: “Soy de los que se someten a Alá”?

Pengisian blog ini mengutamakan hadith-hadith dan sunnah Rasulullah s.a.w. Hadith-hadith dicatit dalam post dengan menggunakan tajuk utama yang bersesuaian dengan keseluruhan kandungan hadith.
Terdapat hadith yang menyentuh banyak perkara yang berlainan dalam satu hadith. Oleh itu, hadith tersebut di’tag’ dengan keyword atau perkataan yang bersesuaian mengikut kandungannya disamping tajuk utama. Ini, insya Allah memudahkan bagi sesiapa yang ingin membuat rujukan mencari hadith dan sunnah mengikut tajuk yang mereka cari.
Di samping itu terdapat juga post yang berupa ceramah, fatwa, permasalahan fiqh, laporan da’wah, sejarah da’wah atau biografi yang diambil daripada post saudara-saudara bloggers lain atau website. Tujuannya adalah supaya memudahkan pengunjung mendapatkan post atau cerita tersebut dalam blog ini.
Oleh itu, di sini saya memohon kebenaran kepada bloggers sekalian untuk men’copy n paste’ post-post saudara yang menarik bagi saya ke dalam blog saya ini. Tidak lupa juga saya letakkan link ke blog saudara sebagai sumber dan rujukan.
“Bagi yang ingin belajar Da’wah Rasulullah, hadirkan diri anda ke masjid-masjid yang terdapat usaha da’wah dijalankan atau ke pusat da’wah yang terdekat dengan lokasi rumah anda. Post yang ada dalam blog ini hanya sekadar maklumat. Anda tidak akan faham tentang Da’wah Rasulullah hanya dengan membacanya. Kefahaman akan Da’wah Rasulullah hanya diberikan Allah jika kita mengorbankan harta, diri, waktu, dll untuk AgamaNya.” [ambil kata kawan blogger]
Sebelum saya mengakhiri, ingin saya memberikan satu perumpamaan. Manusia memerlukan 2 sumber ‘cahaya’ untuk melihat, melihat benda yang realiti atau kebenaran kehidupan. Tanpa salah satu daripadanya, manusia akan buta walaupun salah satu daripadanya adalah jelas dan sangat berfungsi. Dalam bilik yang gelap, antara si celik dan si buta, sudah tentu kedua mereka mendapat kesan yang berbeza atau tiada kesan langsung. Bila lampu bilik dibuka, si celik dapat melihat dengan jelas, manakala si buta adalah sebaliknya.
Dua sumber yang dinyatakan diatas adalah mata dan mentol atau ‘cahaya mata’ dan ‘cahaya lampu’. Kedua-duanya penting untuk membezakan antara ular dengan ekor gajah dalam kegelapan bilik atau kegelapan malam. Apakah mata dan mentol dalam realiti kehidupan kita hari ini? Mata atau ‘cahaya mata’ yang dimaksudkan adalah al-Quran dan al-Hadith yang ditinggalkan oleh Rasul kita Nabi Muhammad s.a.w. Ia tetap ada pada diri kita sebagaimana mata selagi kita berpegang teguh dan memeliharanya. Manakala mentol atau ‘cahaya lampu’ yang dimaksudkan adalah hidayah atau petunjuk daripada Allah S.W.T.
Kita mungkin berilmu, mempunyai panduan dan ilmu yang mendalam tentang Islam dan hukum-hukumnya. Kewajipan, larangan dan sebagainya, semuanya diketahui tanpa terkecuali hukum hudud. Tanpa petunjuk daripada Allah S.W.T. semua itu tidak berguna. Kita samalah seperti orientalist barat yang mengajar tentang Islam, tetapi belum mendapat petunjuk daripada Allah S.W.T. Oleh itu berdoalah untuk hidayah, usahalah untuk mendapatkannya.
Jika terdapat salah dan silap dalam blog ini saya memohon maaf daripada anda dan ampun daripada Allah.
Anda boleh menghubungi saya dengan e-mail kepada;
- hasanfatula@gmail.com or
- hryniaga@gmail.com
Al Faqir ila Rabbihi
14 Muharram 1431 / 31 December 2009
Adrianna Alysya Bt Mohd Hanib berasal dari Kuala Lumpur, berumur 6 tahun, seorang OKU, yang menghidapi sakit jantung memerlukan bantuan anda. Sila ke sini untuk maklumat lanjut.


















0 Responses
Stay in touch with the conversation, subscribe to the RSS feed for comments on this post.
You must be logged in to post a comment.